Friday, 20 April 2012

Apabila Semua Jalan Sudah Tertutup


 Bila kita rasa bahagia, pernah tak terfikir untuk mengucapkan syukur kepada Allah?
Bila kita rasa susah, pernah tak kita rasa sangat malu sebab masa susah jea kita ingat Dia?

Manusia, tidak pernah lari daripada membuat kesilapan.
Allah, hanya Dia sahaja yang sempurna.
Rasulullah, baginda yang patut kita contohi.
Al-Quran, pegangan kita dalam kehidupan.

Kalau nak cerita, zaman sekarang memang setiap orang akan melakukan dosa setiap hari.
Takkan ada yang terlepas daripada hal tersebut.
Sama ada kita sedar ataupun tidak bahawa maksiat sentiasa menyelubungi kehidupan seharian kita.

Ustaz aku ada pesan pagi tadi,
 "Bertaubatlah kita setiap hari, memohon ampun dan maaf daripada Allah s.w.t.
Jangan kita menjadi sombong kerana kita tidak mengakui kesalahan dosa yang telah dibuat.
Sesungguhnya Allah sangat murka terhadap umatnya yang sombong."

Sebenarnya aku cuma nak sampaikan sesuatu,
memandangkan tahun ini aku akan duduki SPM so aku kenalah belajar bersungguh-sungguh.
Tetapi! Masalahnya sekarang apa yang aku belajar selama ini macam tak boleh masuk dalam minda.
Rasa macam waste jea sebab apa yang aku dah hafal boleh lupa.
Then pagi ini kat sekolah, ustaz aku pun cakap la budak kelas aku ramai yang jiwa tak tenteram.
Huhh memang pun -.-

Ustaz aku bagi tips kat budak kelas aku.
Sebenarnya tips dia senang jea, semua orang berkemampuan untuk buat.
Okay let's share!
Kita semua sepatutnya meluangkan masa untuk Maha Pencipta, Allah s.w.t. dengan berzikir kepada-Nya setiap hari.
Tak payah lama-lama sangat, 15 minit pun dah cukup.
Kita luangkan masa untuk Allah selama 15 minit tetapi Allah akan luangkan masa-Nya sepanjang masa kita perlukan-Nya.
So siapa yang rugi bila kita sombong kepada Allah?
Siapa yang rugi bila kita tak mengakui setiap perbuatan dosa yang telah dibuat?
Siapa yang rugi bila kita ada peluang yang diberikan Allah tetapi disia-siakan?

Renung-renungkanlah :)