Nama aku Aminnah Suhar . Aku berasal dari kampung . Suasana kampung sangat seronok .
Setiap pagi aku dikejutkan dengan kokokan ayam , petang hari aku akan melihat sawah yang terbentang luas di rumah pohon yang aku dirikan bersama rakan-rakanku .
Namun semua itu sudah 5 tahun berlalu .
Umur aku sekarang 17 tahun .
Dulu aku hanya seperti katak di bawah tempurung yang tidak mengetahui dunia luar selain kampung halamanku .
Tapi sekarang aku telah menjadi gadis liar yang dikenali semua orang .
Ketika aku berusia 13 tahun , aku berpindah ke Kuala Lumpur kerana ayahku ditukarkan ke wilayah tersebut . Aku memang seorang gadis yang sopan dan menutup aurat ketika itu .
Aku tidak pernah mengingkari perintah Allah dan ibu bapaku . Aku sangat takut kepada dosa dan neraka .
Pada bulan Januari , ibu aku mendaftarkan aku di sekolah yang terletak tidak jauh dari rumah kami .
Kata ayah , nanti tak perlulah dia menghantar / mengambil aku ke sekolah .
Hari pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah itu , aku berasa sangat janggal .
Hanya aku seorang pelajar yang memakai tudung .
Pelajar-pelajar lain di sekolah itu memandang aku dengan penuh hairan .
Mungkin mereka tidak tahu bahawa aku tidak biasa dengan suasana bandar raya yang pesat membangun .
Aku hanya mampu melemparkan senyuman tatkala ada yang memandangku .
Keputusan UPSR aku yang cemerlang membolehkan aku menempatkan diri di kelas 1 Arif 1 .
Aku tidak mempunyai kawan pada hari itu . Guru-guru di sekolah itu seperti endah tak endah dengan perangai pelajar-pelajarnya . Namun tak semua guru bersikap sedemikian .
5 bulan telah aku melewati saat-saat di Kuala Lumpur .
Telah terlalu banyak perkara mempengaruhi cara pemikiran aku .
TUDUNG- kini tidak lagi menjadi amalan dalam pemakaianku . Kehidupan dalam keluarga aku juga tidak sekolot seperti di kampung dahulu . Ibu bapa aku kini ' up-to-date ' kerana dipengaruhi rakan-rakan mereka di tempat kerja . Benarlah kata orang di kampung aku dulu , kehidupan serba moden akan mempengaruhi kita sehingga kita lupa adat melayu sendiri .
Jika dulu aku tiada kawan di sekolah kerana digelar "BUDAK NERD" ,
kini aku mempunyai ramai kawan apabila keadaan memaksa aku berubah secara drastik dan aku digelar "BUDAK HOT" .
Aku antara pelajar yang diminati di sekolah setelah mencampakkan tudung jauh dari kehidupan aku dan aku berasa bangga setiap kali gaya rambut aku menjadi ikutan pelajar sekolah tersebut .
Walaupun aku telah berubah , aku masih menjadi pelajar yang cemerlang
di sekolah kerana aku sangat meminati buku .
Hari berganti hari , bulan berganti bulan , tahun berganti tahun .
Aku berusia 15 tahun dan akan menduduki peperiksaan menengah rendah iaitu PMR .
Perkataan ' couple ' tidak pernah ada dalam kamus hidup aku .
Jiwa muda yang memberontak memaksa aku melakukan perkara baharu .
Tidak susah untuk aku mendapatkan jejaka tampan kerana nama aku yang hot .
Aminnah Suhar- kini menjadi Joanna Min .
' unik dan menarik ' , itu kata kawan aku , Gie .
Dialah satu-satunya kawan yang sentiasa mengajar aku perkara baru dalam hidup .
Dia yang mengajar aku erti keseronokan untuk jiwa muda .
Dialah yang memperkenalkan istilah ' couple ' dalam hidup aku .
Ranzo , nama Boyfriend aku .
Dia adalah senior aku tingkatan 5 dan juga mempunyai darah kacukan Amerika .
Ranzo mengajar aku apa yang diperlukan dalam sesebuah perhubungan .
Dia memberikan aku kasih sayang . Dia turut mengajar aku perkara yang patut ada dalam dalam perhubungan iaitu seks . Pada mulanya kami hanya ' ringan-ringan ' , istilah remaja sekarang .
Setelah perhubungan kami melangkaui 6 bulan , kami mula berjinak-jinak melakukan seks .
Malam itu hak kami berdua . Mahkota aku hilang diragut insan yang bernama lelaki .
Aku tidak menyesal melakukan perbuatan terkutuk itu , malah aku berasa bangga .
Mereka kata aku berani .
Keputusan PMR aku cukup memberangsangkan dan membanggakan ibu bapaku .
Disebabkan itu , aku dihadiahkan sebuah motor skuter
dan ujian untuk mendapatkan lesen motor ditanggung oleh ayahku .
Aku sangat seronok ketika itu .
Tahun menengah atas iaitu Tingkatan 4 ,
aku mengambil aliran sains dan ditempatkan di kelas 4 Sains Tulen 1 .
Perhubungan antara aku dan Ranzo berjalan dengan lancar .
Amalan seks setiap bulan menjadikan perhubungan kami semakin intim . Aku sangat menyayanginya .
Kini aku lebih kerap keluar malam bersama rakan-rakanku untuk untuk melepaskan tekanan .
Air kencing syaitanlah biasanya menjadi tegukan untuk kami merasai keseronokan duniawi .
Mereka kata arak adalah ibu segala kejahatan , ya aku akui itu .
Sudah 4 kali aku dinodai oleh lelaki yang tidak dikenali di ' Night Club ' .
Ranzo tidak pernah mengetahui hal itu kerana aku takut dia memarahiku .
Keluarga aku kini menjadi huru-hara dan kacau-bilau apabila ibu dan ayahku mempunyai kekasih gelap .
Aku sedih melihat mereka tidak sehaluan lagi .
Disebabkan tekanan belajar dan tekanan keluarga , Gie mengajar aku untuk mencuba ' ice ' .
Aku tahu itu dadah tapi aku benar-benar memerlukan ketenangan ketika itu .
Kini dunia ' ice ' lha tempat aku melepaskan perasaan yang tak mampu diungkap .
Pelajaran aku banyak ketinggalan kerana aku ponteng sekolah untuk mencari sesuatu yang baru .
Merempit , aktiviti yang ingin aku lakukan .
Aku tahu risiko jika bergaul dengan mat rempit .
Tapi itu tidak menjadi masalah kepada aku kerana aku telah dicabar oleh rakan-rakanku untuk bersama-sama mat rempit merempit di jalanan pada waktu malam selama seminggu .
Sebagai habuan , aku akan mendapat RM 5,000 jika aku dapat melakukannya .
Cabaran itu hanya bertahan selama 3 hari kerana aku tidak sanggup menjadi hamba seks kepada lebih 5 orang mat rempit pada setiap malam .
Sekarang umur aku sudah 17 tahun dan gelaran yang aku terima ialah "GADIS LIAR" .
Ranzo dan aku telah bersama selama 2 tahun .
Dia telah banyak berubah .
Mungkin aku juga telah banyak berubah .
Anniversary kami yang ke-2 tahun disambut di sebuah hotel bertaraf lima bintang
dengan makan malam yang sangat romantik ditemani bunyi gesekan biola .
Suatu pagi yang dingin , aku mengalami demam .
Aku hanya menganggap itu sebagai demam biasa .
Namun lama-kelamaan demam aku asyik berulang dan aku sering batuk kering .
Aku juga kehilangan berat badan secara mendadak tanpa mengetahui puncanya .
Aku tak memberitahu ibu bapaku kerana tidak mahu mereka risau .
Lantas aku pergi ke klinik yang terletak tidak jauh dari taman perumahan kami pada keesokan hari .
Doktor mengesahkan aku menghidapi HIV .
Ketika itu , aku seperti baru tersedar dari dunia yang aku cipta sendiri .
Aku mula teringat kepada Allah .
Aku mula berasa malu kepada diri sendiri .
Aku juga malu untuk bertemu dengan orang ramai .
Hidup aku hancur !
Sempatkah untuk aku bertaubat untuk kembali kepada Allah ?
p / s : Cerita ini adalah rekaan semata-mata . Aku cuma membayangkan seorang gadis yang
sanggup mengubah pegangan hidupnya semata-mata mahu mempunyai ramai kawan .
Tapi aku percaya perkara begini dah banyak berlaku kat luar sana . Dan ini hanyalah cerita untuk
memberi pengajaran .