bila kita berjalan kaki , kita akan rasa letih .
then bila sampai satu tahap , kita akan mula bermonolog :
then bila sampai satu tahap , kita akan mula bermonolog :
" bestnya kalau ada basikal , tak lha lenguh tapak kaki menapak tiap-tiap hari "
bila kita dah ada basikal , kita rasa lenguh kepala lutut sebab asyik mengayuh .
lepas tuu tak boleh na pecut laju-laju macam mat rempit naik motor !
bila kita dah ada motor dan merempit sana sini tiap-tiap hari ,
kita pun rasa kulit kita terbakar panas .
itu time cuaca panas , what if time hujan ?
alahai terpaksa lha melepak bawah jambatan tunggu hujan reda .
silap-silap hari bulan , ada lori yang AGAK kurang ajar rempuh .
nak redah hujan takut kena sambar petir or takut kena simbah air lopak yang kereta langgar .
dalam hati mula terdetik " beli kereta lagi okay , selamat banyak "
bila kita ada kereta mewah menjalar ,
kita berlagak macam orang hilang ingatan .
maklumlah kereta baru mesti lha kena tayang kat orang ramai .
lepas tuu kita pun ke hulur ke hilir dengan kereta mewah lagi bergaya tuu .
nak pergi kedai dua tiga langkah pun naik kereta .
then apabila tiba masa insurans mati , bila time nak servis kereta tu ,
time tayar pancit , time kereta kena calar dek budak-budak nakal yang terlebih kerja tuu ,
maka kita punnn-
baru sedar bahawa jalan kaki lagi best .
keluar peluh tahap bersenam , jimat belanja .
tak payah lha na sibuk-sibuk fikir bayar bulanan kereta or motor , minyak dan sebagainya .