Saturday, 6 August 2011

punca hidup tak tenang




kali nii aku nak sentuh pasal kehidupan sekeliling kita .
hehe jadi ustazah for this entry , CEWAHH-
okayy take your position , tarik nafas dalam-dalam baru start baca :)

kadang-kadang dalam hidup kita , kita akan rasa tertekan or
dalam bahasa om puteh ialah stress / tension .
tapi pernah tak kita terfikir kenapa manusia akan ada tekanan ?
pernah tak kita cuba untuk cari punca kenapa kita tertekan ?
tahu-tahu jea lha kann kalau hidup asyik stress jea  confirm kita rasa serba tak kena .
buat itu salah , buat ini salah .

okay firstly , aku na tegur korang termasuk aku sendiri .

STOP ARGUING THE FATE !

dalam Bahasa Malaysia ialah jangan suka berungut &
jangan pertikaikan qada' dan qadar Allah .
faham tak ayat nii ?
kalau tak faham , biar aku explain dengan lebih detail-
contoh lha kalau korang na hang out with friends , korang tenguk cuaca chunn and nice jea .
then time dah nak keluar and tengah stand by pakai kasut ,
tiba-tiba hujan turun dengan lebat .

korang pun cakap : ' alahh ! hujan lha pulak , macam mana na keluar nii ? '

haa tuu lha salah satu punca hidup kita tak tenang .
nak tahu macam mana na atasi sikap tuu ?
okay korang kena rajin-rajin berdoa seperti yang diajar oleh Rasulullah iaitu

: " Bismillahi 'ala nafsi wamali wadini .
 Allahumma raddhini biqodho ika wabarikli fima
quddiroli hatta lauhibba ta'jila ma akkharta wala takkhira ma 'ajjalta

[ Maksudnya : Dengan nama Allah atas diriku , hartaku , dan agamaku .
Ya Allah , jadikanlah aku rela dengan apa-apa yang yang Engkau tentukan
 dan berikanlah berkat untuk aku dalam segala yang sudah ditakdirkan kepadaku
sehingga aku tidak menginginkan cepatnya sesuatu yang Tuhan perlambatkan
atau perlambatkan sesuatu yang Tuhan percepatkan .]


sedangkan budak kecil pun berdoa , kenapa tidak kita :)


second , punca hidup tak tenang ialah berbuat dosa & tidak disertakan dengan taubat .
seperti dalam firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 135 yang bermaksud

" Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji , atau menganiayai diri sendiri ,
 mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka
 -dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah ,
 dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu ,
 sedang mereka mengetahui ( akan salahnya dan akibatnya ) "

kadang-kadang korang ada buat dosa and korang mohon ampun kepada Allah setiap kali solat .
tapi akhirnya korang tetap buat dosa yang sama berulang kali .
korang rasa Allah tuu nak ampunkan dosa korang ke ?
tak ada maknanya !
memanglah korang akan kata Allah Maha Pengampun ,
tapi korang kena ingat-
tanpa taubat , hidup korang belum selamat lagi .
pintu taubat akan sentiasa terbuka sehingga lha nyawa kita berada di khalqum .
means pintu taubat tuu akan tertutup bila nyawa kita dicabut .

kalau tak sempat bertaubat juga macam mana ?

Err kes nii aku tak berani na comment ,
tapi selagi kita hidup nii , cuba lha sedaya upaya untuk muhasabah diri .



third , iri hati sesama manusia ,
 muncul perasaan senang untuk membalas dendam kepada mereka ,
dan dengki atas anugerah yang Allah berikan kepada mereka
juga adalah merupakan sebab kenapa hidup takkan tenang .
korang cuba fikir , kenapa kita perlu iri hati or dengki sesama sendiri ?
lagipun kita kann sesama saudara Islam .
tak rasa korang nii wasting time ke ?
alahai nak berlagak konon , tak ke mana pun lagak korang tuu .

pleaseeee stop it !

aku pun tak lha cakap diri aku perfect ,
cuma aku sakit mata jea kadang-kadang perhatikan sikap manusia nii .
cuba korang bersikap sederhana tapi kaya dengan sifat yang baik-baik .
believe me korang akan rasa seronok menjalani kehidupan seharian .
then sebelum na tidur tuu ,

 pratikkan memaafkan semua kesalahan orang
yang mereka sengaja buat ataupun yang tak sengaja buat .

ini tips penting yang ramai orang tahu tapi tak nak amalkan .

Allah SWT berfirman dalam Surah an-Nisa' ayat 54 yang bermaksud

: " Ataukah mereka dengki kepada manusia
 lantaran kurnia yang sudah Allah berikan kepadanya . "
Dalam hadis riwayat daripada Abu Hurairah r.a ,
bahawasanya Rasulullah SAW bersabda
: Jauhilah olehmu sekalian sifat dengki itu ,
 kerana sesungguhnya dengki itu dapat menghabiskan amal kebaikan
sebagai mana api itu dapat menghabiskan kayu api . "




punca terakhir hidup tak tenang yang aku na kongsikan ialah
berpaling daripada mengingati Allah .
Allah SWT berfirman dalam Surah Taha ayat 124 yang bermaksud

: " Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku ,
maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit ,
dan Kami akan himpunkan Dia pada Hari Kiamat dalam keadaan buta . "
perkara nii aku tahu memang susah kalau kita na sentiasa ingat kepada Allah .
kadang-kadang kita memang tak sedar yang kita lebih mengikut hawa nafsu
daripada garis panduan yang diajar oleh Islam .

sebagai contoh , sikap suka berfoya-foya .
aku tahu remaja sekarang sangat suka mencari keseronokan duniawi .
aku tahu perasaan bila kita tenggelam dalam dunia kita sendiri .
aku tahu kita akan sentiasa ada keinginan melakukan sesuatu yang tak pernah kita lakukan
TAPI tolonglah sebelum buat sesuatu tuu fikir dulu .
dan aku tahu kenapa hidup aku dan kawan-kawan aku tak tenang sekarang .
sebab kita berpaling daripada mengingati-Nya !
buat apa kita anuti agama Islam kalau kita gagal menjadi umat-Nya yang diredhai .
buat apa sibuk-sibuk mengaku kita Islam sedangkan rukun Islam
yang pertama pun susah sangat untuk kita lakukan .
aku berceramah apa bagai nii sebab aku na kita semua hidup dalam keadaan tenang .
aku na kita hidup dalam keadaan yang diredhai dan diberkati Allah .
jangan timbulkan pernyataan macam nii kat aku :

" mak bapak aku pun tak bising-bising pasal nii , apasal kau na sibuk-sibuk ? "

okayy aku sekadar mengingatkan korang pada dunia yang kian senja .
dunia semakin goyah ,  semakin musnah .
tiap-tiap hari kita akan dengar berita tak baik itu ini , tak takut ke ?
kalau korang nii jenis tak makan saman , teruskan lha perbuatan yang korang na buad tuu .
yang penting aku dah bagi nasihat dan aku dah bagi peringatan .
terpulang pada korang .
korang pun ada akal fikiran , dah akil baligh punn .
so renung-renungkan lha dan selamat beramal ^^