Wednesday 1 June 2011

asal-usul hantu



cuba tengok tajuk kat atas tuu , HAHA seram tak ?
kalau entry aku yang lepas , aku asyik cerita about sentimental kann ?
so for this time aku na buad lawak seram .
actually tak lha seram and tak lha lawak mana punn .
peringkat maharaja lawak pun takkan dapat lepas .
HAHA jum kita teruskan-

1 . Hantu Raya .
okay hantu nii berasal dari Tanah Melayu and dipercayai terkorban di dalam
satu kemalangan jalan raya sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya .
aktiviti kegemarannya ialah mencuri kuih raya .
tempat menginapnya disyaki di balai-balai raya .


2 .  Hantu Langsuir .
hantu nii dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang .
ceritanya begini-
pada suatu pagi raya , ada seorang suri rumah sedang memasang langsir .
tiba-tiba dia terjatuh dari tingkap dan terus mati .
selepas hari itu , dia selalu datang menjenguk langsirnya .
hobinya bermain aum cak di tepi tingkap .
so beware if korang na tutup tingkap malam-malam buta .


3 . Hantu Stokin .
hantu nii dipercayai berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam
dan juga merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga .
hidupnya asyik dengan stokin , tidur stokin , minum stokin
sehingga lha kawan-kawannya menggelarkannya Hantu Stokin .

4 . Hantu Jerangkung .
siasatan dijalankan dan mendapati hantu nii berasal dari Tanah Besar China .
dahulunya dia berkerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran .
hari-hari kerjanya menjerang kangkung dalam sebuah periuk yang besar .
satu hari seorang kawannya menyergahnya dari belakang
dan disebabkan terlalu terkejut , dia terjatuh ke dalam periuk yang besar itu .
perkataan akhirnya ialah ' jerang . . kung ' maka jadi lha Hantu Jerangkung .
hobinya suka mencangkung dan tempat tinggalnya ialah dalam almari .
sebab tuu lha ada lagu bertajuk " Jerangkung Dalam Almari "


5 . Hantu Pontianak .
disyaki berasal dari India .
seorang lelaki bernama Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh .
orang kampung selalu menyindir anak ponti ini .
Ponti punya anak - Ponti punya anak -Ponti punya anak .
Ponti sangat malu dan mengurung anaknya .
selepas 5 tahun , anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek ,
' Oi ! Pontianak.. maka lekatlah nama pontianak .

6 . Hantu Penanggal .
al-kisah seorang ibu tiri yang kejam , hobinya ialah
 menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya .
bila dah terbiasa dia rasa sangat seronok pulak .
dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang-orang kampung .
maka heboh lha satu kampung ' Larii . . larii . . Penanggal ' .
bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap , panau dan kayap . .
dia pun mengilai semahunya .


7 . Hantu Pocong .
menurut siatan , hantu ini berasal dari Puchong .
nama sebenarnya ialah Amat Garpu .
dia nii suka sangat menipu , senang cerita . . kaki cong lha .
bila dia mati , terlompat-lompat lha dia nak mencari mangsa na cong orang .
Pucong ! Pucong !



p / s :  aku tak tahu lha kenapa aku na tulis entry nii walhal topik nii dah ramai yang tahu .
           err tapi yang belum tahu tuu , sila lha baca .
           terima kasih semua kerana sudi baca entry yang KURENGG best nii ^^