Tuesday, 2 August 2011

Puisi ♥



Ke kiri aku buntu
Ke hutan aku hilang
Ke timur aku kosong
Aku terus bosan dan tertekan
Seperti waktu yang terus sahaja meninggalkan aku 
Jauh ke dasar kerak bumi yang belum pernah diterokai
Warnaku rindu
Jiwaku biru
Menunggu cintaku umpama si buta
Yang melihat syurga
Umpama lampu
Yang berbunyi hitam
Lalu menunggu aku terus
Kini malam tiba lagi kerana meninggalkan
Cahaya matahari pagi
Dibebankan
Dengan bunyi rintisan hujan
Seperti mahu sahaja aku mengejar
Gunung yang besarnya tidak terdakap
Seperti itu jugalah rindu aku pada . . .
Kini harus aku menunggu ?
Atau hilang sahaja aku di lautan yang luas ?


khas untuk mereka yang dikasihi :)