Friday, 9 September 2011

Hari-hari Autistik

03 September 2011 , 12:43 a.m

Aku benci bila perasaan itu hadir
Suatu perasaan yang membuatkan aku tidak suka pada seseorang
Aku benci bila aku tidak diperlukan seperti dahulu
Aku benci bila dia menganggap aku hanya untuk mengisi masa lapangnya
Aku benci sikapnya yang bodoh
Atau memang sebenarnya dia yang bodoh ?
Mungkin..
Dan mungkin juga aku sendiri yang buta


04 September 2011 , 1:43 a.m

Bersedia untuk kehilangan
Tiada apa yang perlu dijelaskan
Aku berharap dia bahagia
Semua yang berlaku berkemungkinan 2 sebab :-
1 . cemburu     2. khianat
Antara perempuan dan lelaki
Entahlah dunia oh dunia
Keletihan , terbaring untuk bersedia bermimpi indah
Selagi kita mampu bertahan diri


04 September 2011 , 9:47 p.m

Menangis dan menangis ..
Aku tak mampu ucap kata-kata lain selain dengan air mata
Jatuh aku dalam resah
Kecewa tanpa henti !
Bukan susah untuk sebuah perhubungan berakhir tragedi
Dan bukan senang untuk pertahankan cinta itu tatkala masing-masing berdiam diri
Aku , kau dan dia
Ada lagi segi tiga bermuda
Dan aku tak mampu berbuat apa-apa
Berharap dan berharap
Agar hari esok tidak akan jadi sebegini lagi


05 September 2011 , 3:50 p.m

Sekolah yang bosan
Hati yang kering
Cuaca yang mendung
Seperti semuanya bersedih
Tiada riuh
Tiada tawa
Tiada kegembiraan
Dan aku masih di sini
Aku ternanti-nanti panggilan daripadanya ..
Apakah ini penamatnya ?
Berharap ..
Telah terlalu banyak harapan yang aku harapkan
Namun aku masih menuggu
Aku ..
Aku bersedih lagi :'(


06 September 2011 , 10:38 p.m

Tiada perasaan lagi
Kosong , tiada rasa apa-apa
Di ingatan cuma ada aku
Hanya aku dan aku
Tiada sesiapa selain aku
Lebih baik begini bukan ?
Tenang dan sentiasa gembira  bersama aku
Dan bagaimana pula dengan dia 
Siapa dia ?
Entah aku pun tak tahu
Dan dia juga berubah
Entah aku juga mungkin sudah berubah
Perasaan , tiada lagi untuk dirinya
Kosong dan hanya tinggal parut


07 September 2011 , 7:58 p.m

Berfikir sejenak
Rasanya tidak salah untuk aku mencuba mencari pengganti dirinya
Mungkin ini penamat dilema
Atau juga mungkin untuk permulaan yang baharu
Tiada guna berharap pada yang tiada
Tiada guna ditangisi hati kejamnya
Tiada guna bersedih mengenangkan nasib yang menimpa diri
Aku harus bangkit dan terus ke hadapan
Sekali lagi aku tewas dalam cinta
Sekali lagi
Aku tinggalkan dirinya dari hidupku ..
         

08 September 2011 , 4:07 p.m

Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Benarlah kata pepatah itu
Andai diri terasa tidak disayangi
Benarkan hati untuk dimiliki
Kerana kebahagiaan itu terletak dalam hati kita sendiri
Dan apabila sudah dimiliki
Berharap pula agar hari-hari mendatangkan kegembiraan
Nikmatilah ia
Kerana ia akan hilang suatu hari nanti ..