Semalam aku tengok Halaqah (HIHI)
Tajuk dia pasal Mimpi Hijrah, ayah aku kata ada berkaitan dengan Awal Muharam.
Maklum la tahun baru kena buka buku baru.
So aku pun dengar ceramah tuu, then aku tergerak na tanya ayah aku something.
Aku pun tanya :
"Ayah, ustaz tu kata takdir kita dah tertulis di Luh Mahfuz kan,
so kalau macam tu apa tujuan kita hidup kalau sebenarnya Allah dah tahu
apa akan kita buad dan apa akan berlaku nanti?"
Ayah aku pun jawab :
"Ye memang takdir kita dah tertulis, tapi kena ingat bahawa Allah itu tidak zalim.
Dia memang dah rancang semuanya, tapi sebenarnya kita ada kuasa untuk mengubah takdir kita.
Contohnya melalui doa dan usaha.
Katakan sebenarnya kita ditakdirkan seorang yang miskin atau bodoh.
Dengan doa dan usaha, kita boleh jadi kaya dan pandai macam orang lain.
Atau pun katakan kita sebenarnya ditakdirkan oleh Allah SWT
bahawa kita sebenarnya seorang yang baik dan menjaga amal ibadah.
Tapi last-last kita pilih untuk jadi jahat dan ingkar perintah-Nya.
So now siapa yang salah? Siapa yang bodoh?
Pilihan dalam hidup ini ada 2 jalan yang harus kita pilih salah satu.
Jalan pertama ialah jalan lurus umpama menuju ke masjid,
dan jalan kedua ialah jalan yang bengkok umpama menuju ke kelab malam.
Terpulang la kepada individu untuk memilih jalan takdirnya.
Ingatlah bahawa Allah itu tidak zalim, yang zalim ialah diri kita sendiri.
Orang selalu kata yang baik datangnya daripada Allah SWT dan yang tak baik datang daripada diri kita sendiri.
Ungkapan tuu memang betul tapi yang sebetul-betulnya ialah,
yang baik dan buruk itu datang daripada Allah SWT kerana pilihan kita sendiri."